Thursday, March 24, 2011

Speak Now. Be Heard

Assalamualaikum & good day! Kali ni punya entry tuan tanah akan bercerita tentang abah tuan tanah. ye anak anak. siapa yang perasan kat fesbuk tu 22/03 aritu merupakan hari ulang tahun kelahiran abah tuan tanah yang ke 55. and korang sume tau tak yang actually 22/03 jugak merupakan hari ulang tahun allahyarham P.Ramlee? bonus lagi untuk tuan tanah it was also one of my good friend's birthday. her 24th birthday. moga panjang umur, murah rezeki, diberi jodoh yang beriman & dirahmati Allah selalu. amin.

Anyway, sebut pasal hari jadi abah tuan tanah yang ke 55, abah tuan tanah dah officially pencen dari pekerjaan beliau. Abah akan turut menyertai kelab "mari duduk rumah" bersama mak tuan tanah. hihi. confirm ribut punya la bila diorang bersama 24jam.

Btw, tuan tanah nak kongsi rasa betapa bertuahnya dilahirkan dimuka bumi ini. Berbintikan abah tuan tanah dan dilimpahkah dengan kasih sayang yang tidak putus putus dari abah & mak. Tuan tanah bukan dilahirkan dari keluarga berada, tapi alhamdulillah Abah akan sentiasa memastikan kami sekeluarga cukup makan & cukup pakaian. Dulu mak pernah kadang2 mengeluh tentang kehidupan kami yang tak pernah senang macam orang lain. Abah selalu cakap ramai lagi yang susah dari kita. Bersyukur. Malah sekarang tuan tanah rasa berlebih. bukan terlalu lebih tapi agak berlebihan.


Abah tuan tanah bukan jenis kuat melenting kalau nak banding dengan mak tuan tanah. Dia penyejuk antara kami. Dia la kuasa neutral. Sampai kadang kadang dia tersepit antara kami. Tipu la kalau tuan tanah tak pnah rasa abah tuan tanah tak berlaku adil antara tuan tanah dengan abang. Atau rasa annoying, atau rasa marah terhadap abah tuan tanah. Tapi deep in my heart, Abah tetap hero no 1 tuan tanah. He never ever give up on us especially pada mak. Thats the best gift i ever had from Abah. He always there for my mom. Sentiasa mencuba yang terbaik untuk kami semua.

Tuan tanah betul betul rasa bersyukur perkahwinan mak & abah yang hampir 30 tahun masih kukuh tak seperti sesetengah pasangan suami isteri yang gagal dipertengahan jalan. Tak bersyukurlah tuan tanah kalau masih tidak berpuas hati dengan kehidupan sekarang. Sekarang giliran tuan tanah membalas semua jasa abah selama ni bersusah payah membesarkan tuan tanah & menjadi ketua sebuah institusi keluarga. Sabar ye abah. Adik tengah usahakan. Abah kena kuat semangat dan jangan putus asa.


Sempena ulang tahun kelahiran abah kali ni, adik doakan agar abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan meneruskan hidup, diberi kesabaran yang tinggi agar tidak mudah putus asa & dilimpahkan segala rahmat dari Allah SWT. Amin. Terima kasih abah atas jasa jasa abah selama ni. Sekarang abah dah boleh rehat. Biar adik & abang pula jaga keluarga. Insya Allah dengan berkat doa mak & abah, satu hari nanti mak & abah pasti bangga dengan 2 anak mu ini.

Friday, March 18, 2011

Percutian Terpimpin


Hello everyone!! Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di ruangan siber yang serba lengkap. Tak percaya? Try google Saidatul Nazla. Banyak benda bleh anda tau. Haa dan dan pastu korang google nama korang kan? ^o^

Actually kali ni Tuan Tanah nak share percutian tuan tanah bersama 11 lagi bakal bakal pemimpin ke Kuching, Sarawak. Apsai Sarawak? kalau tanya tuan tanah simple je, dalam bebanyak negeri dalam Malaysia, Sarawak je belum penah gi. Jadi tu la sebab nya.

Tuan tanah selaku yang mengbook kan tiket AA bulan May2010 dahulu berasa sungguh excited. sampai malam sebelum naik belon pun tak cukup tido. tapi relax je bangun awal pagi. lain la ada sorang kawan tu. kelam kelibut! kul 6 pun belum bangun! haha

Sampai je sana dah ade drebar nunggu. yep kami amik service sewa kenderaan + drebar. sebab bukan senang nak guna public transport kalau udah 12 org. jadi, 1st tempat yang kami tuju ialah Pasar Serikin. Kat sini banyak jual barang Indo-Sarawak. Nasib time ni ala ala mendung gitu. Tapi yang tekujatnye, dari airport Kuching nak ke sana ada dkat 2 jam beb. lepas tido bangun tido bangun baru smpai. mcm2 la jual sini. dari barang cenderamata sampai la perkakas dapur. ala ala uptown? tapi idok le moden benor. jalan pun berbatu batu.


yang pasti time ni kami lapar gila. nasib kami mintak abang rahmat (drebar kami) singgah petrol station untuk beli kudap kudapan. sampai je sini, abang rahmat pesan jangan makan sebarangan. bukan semua halal. so bila dah was-was baikla idok makan langsung. tapi jalan tetap jalan walaupun ala ala perut lagu hiphop.


Ada la 2 jam kami kat sini. Panjang woi kedai kedainya. korang pnah p pasar stadium shah alam? takpun pasar setia alam? ha cmtu la panjangnya. pastu kami straight p makan late lunch. Kat daerah Matang. Nama kedai tu Papadome. ala actually papadom tu. tapi mungkin dia stylo kan ejaan tu.


kat sini they served a very delicious roasted ayam penyet. ke tuan tanah dah lapar ek? beb 2 minggu tak jumpa nasik. ni la 1st nasik tuan tanah makan untuk bulan March. ko mampo?


Dari sana kami pulang ke Kuching untuk ke Kedai Kek Lapis. Kalau gi Sarawak tak beli kek lapis tak sah! yang confirm korang kena pi Kek Lapis Dayang Salhah. sila beli kek lapis india berkodi kodi okeh. sangatlah sedap tak terkata. apa tu kek lapis india? actually kek lapis yang di lapiskan dgn coklat cadburry. terliur? haha


they also hidangkang pelbagai jenis kek lapis untuk dijadikan tester. dah la baru sudah makan nasi dalam sejam lalu pastu bantai melantak kek-kek yang dihidangkan. ater? nak cuba. pastu baru boleh decide nak beli yang mana. range harga kek sini dari RM10-RM25. Paling best diorang bagi uols time nak decide. uols can call je and ask them to send the cakes to your hotel. dah bayar atau tak bayar lagi pun boleh. but we ols isi dalam borang and pay. and asked them to send the cakes the day before kitorang balik rumah. and bagusnya diorang pack dalam kotak. agak customer-friendly lah. depan kedai ni plak ada jual ikan terubuk masin. slamber order and ask them to send together with the cakes. muraaaaaahhhh sangat ikan tu. boleh dapat 4 ekor rm10 pun ada. but of course we would go for bigger size. BARU SYIOKKK!!



Bila dah settle bab kek & ikan, kami decided nak check in dulu hotel. Kami duduk kat Basaga House. kalau dengar nama mesti pelik "apa tu?" tapi cuba uols gi usha website, cantek!! and we were actually lucky la sama cantek dlm laman sesawang dan in real life. haha. konsep ala ala rest house with perabot kayu. kebanyakan yang duduk sume foreigners. kire kami pun la kan? hihi. kami ambil Verandah Room for RM130 per night (1 queen bed + 1 single bed) Fyi they also have bigger room for 6 person. tapi ada 2 je la. so masa tu full. therefore, we took 4 rooms.


Day 2. Sebelum memulakan aktiviti terpimpin, singgah makan di kedai Coffee-o-Corner. makanan dia mmg merveles. ada jugak kawan kat subang suggest suh pegi kedai ni. rupanya memang la best. cuma kedai ni berhampiran dengan pejabat pejabat kerajaan. jadinya kami kan pegi during weekdays, so bila bekpes tu dikelilingi orang orang gomen yang kuar bekpes.
menu dia punya la banyak dan semuaaaaaaanya sedap. SERIOUS tak tipu. sume bende nak makan la kirenye. memang rugi la sape datang Kuching tak cuba kedai makan ni. Paling pelik tuan tanah bila order mee jawa. Pastu waiter tu cakap "mau satay?" Tuan tanah jadi pelik. Tuan tanah order mee jawa. Sekali rupa rupanya dalam mee jawa tu ada satay dan kuah kacang! Cube uols bygkan. Tapi bila uols rasa. mmg terbaik dari ladang lah! tapi satu je masalah kami kat sini, pekerja dia tapaham apa kami ckp. cakap laju pun salah order, cakap perlahan pun sama. jadi tak tahu la kami nya bahasa pelik atau bahasa diorang pelik. hihi


Lepas makan kami terus ke Santubong. btw, arini kami tema berbaju putih ye uols. haha poyo sungguh. ok back to the topic. Scenery sana, mak datok. kerlaszzz. sangat sangat cantik. so uols kalo pi santubong ada banyak pilihan. bleh gi Damai Beach, ada air terjun, & Kampung Budaya Sarawak. Ketika tu kami berpecah. sapo nak g mandi, gi la. sapo nak g Kampung Budaya pun bleh gi. Since tuan tanah mmg dah bajetkan duit nak masuk Kampung tu, jadi tuan tanah bertekad ke sana juga.


Rasa seronok dapat rasa sendiri cmne kehidupan orang orang sarawak ni. pulak ditambah dengan show tarian dari kaum kaum sana. SERONOK!! Fyi, charge utk masuk RM60 for adult. tapi berbaloi wa cakap lu. lagipun abg drebar dptkan diskaun 5inggit. hihi.


mereka ni ke Damai Beach. ada la sekor dua naik atas gunung p mandi air terjun. janji jam 3 ada depan pintu so abang drebar bleh amik semua org dan semua masih cukup sifat haha.

pastu kan uols, tuan tanah dan kawan kawan gi area Waterfront. Situ ada Main Bazaar. port tempat beli cenderamata, gambir pun ada tau uols. ada ke org tu suh kami beli?? dia mempertikaikan kebolehan kitorang! btw, sini harga lebih kurang je. tapi kena pandai cari port la. ada yang murah singgit dua. situ la kami beli. so korang kena kasi survey dulu ok. Then kami berpeluang naik ke seberang. seberang mana? ntah. untuk amik gambar di bangunan kerajaan. Memula kami dengar pegi balik naik bot tu RM19. tny lagi satu RM1.00. jauh beza kan? tau pasai apa? pasai hat rm19 ada insurance. haha kami dgn poyo cuaknya naik yang rm1 nya. dasar kedekut!
scary beb. tuan tanah dah la tak pandai berenang. suh naik bot gini rupa. mmg abes sume gelakkan tuan tanah. dah laaaaaama tuan tanah tak naik bot cmni. last dulu masa kekecik tgk kekelip kat kampung tuan tanah. memacam tau pk. kot ada buaya, jaws ke hahah
Day 3 kami decided untuk tidak pergi jauh. Kami pergi ke semua muzium yang ada kecuali muzium kuceng. jalanjalan cari pasal, amik gamba sana sini, buat onar siap. maklumlah 12 org mmg sukar dikawal.

tapi yang best nya, tempat tempat cmni la tempat cantik untuk amik gambar. suka la 2 photographer kami. hihi. kami yang lain laaaaagi suka sebab dapat jadi subject matter. haha. maklum semua mmg gila kamera. bayangkan gi sini 4 hari tapi gambar je beribu. sah kami semua gila kamera! korang tak ke?

btw, kalau uols nak tengok gambar yang lain, tuan tanah dah publish kat fesbuk tuan tanah. lebih teratur ikut hari. ni kire preview la. kalau nak tau lebih lanjut sila cari tuan tanah kat fesbuk ye ;)
Pastu kami jugak pegi ke Cat Statue ni. ada banyak jenis actually. tapi cukupla satu buat bukti kami dah sampai. malu woi nak amik gambar kat sini. ditengah tengah jalanraya sibuk. ater? roundabout. di tengah tengah bandar. semua org duk tgk kami yang mcm orang batak ni.
Malamnya pula kami ke TopSport (tuan tanah asyik sebot topshop) the best seafood u can have. tapi agak pricey. jadi be careful bebeh. bayangkang sejug air tembikai rm20. hampeh btoi. tapi after all the foods were delicious la. puas ati jugak dapat makan. cuma kecewa abg drebar suggest gerai 33. ada ex colleague dulu suggest gerai 25. tapi durhaka pada ex colleague and go for gerak 33. sekali dah lewat sket gerai 25 tu punya la ramai orang. haha T_______T

Akhirnya sampai la ke day 4. Kami keluar bekpes di Bimmers. One of the best restaurant yang served yummy roti arab!! sangat sangat la menakjubkan. u ols kena gi tau. laksa sarawak, nasi lemak, mee kolok. semua sedap sedap belaka. mmg sangat sangat gembira dapat makan makanan yang sedap sedap ni. walaupun ada yang tinggal rm4 dalam wallet. nasib baik ada Ah Long yang bole bagi loan. haha then we off to pasar satok sekejap untuk beli pape yang kurang then terus balik hotel berkemas. *sad moment*
Dalam kul 2, kami menuju ke airport untuk kembali ke KL. masa ni mood dah lari. dah start pk kerja, dah start pk hal2 di KL. bohhhringggg! tapi what to do? we still have other responsibilities kan? Kepada sesiapa yang tak pnah ke Kuching, tuan tanah sarankan pegi. Enjoy their culture, foods & people. we definitely will come here again!

sampai bertemu lagi lain kali. oh ya. ni la muka muka sebenar ahli ahli percutian terpimpin.
The heroes:
from left: KD, Lyas, Jery, Alan, Apis (dia mmg suka pose gini) & Afdol
The chicks:
From left: Leely, Azra, Tuan Tanah, Nadia CT, Nadya UOB, Afzan